PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin melahirkan syukur ke
hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Tugasan
ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk dariNYA. Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli
keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim
ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak
langkah mereka.
Seinfiniti
perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
DR
MAZLINI BT ADNAN
selaku pensyarah isu-isu kontemporari dalam
pendidikan Matematik kami yang terlalu
banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin kami
akan dapat menghasilkan satu tugasan yang baik. Jutaan penghargaan juga
diucapkan kepada semua pelajar Sarjana Matematik yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam pembikinan tugasan ini.
Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping
idea-idea yang bernas pada masa kami ketandusan idea dan juga mana-mana nama
lagi yang mungkin terlibat.
Terima kasih sekalung budi.
Sekian. Wassalam.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar
terhadap penggunaan ICT Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif. Penyelidik menggunakan
soal selidik skala Likert untuk melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan
perisian dari aspek pengajaran dan pembelajaran.Soal selidik terdiri daripada
dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah soal
selidik mengenai latar belakang pelajar manakala Bahagian B ialah soal selidik
megenai persepsi pelajar dari aspek pengajaran dan aspek pembelajaran. Sampel
kajian terdiri daripada 10 orang pelajar tingkatan 4. Mereka mempunyai persepsi
positif terhadap penggunaan alat ICT dalam proses pengajaran pembelajaran. Kajian ini
membuktikan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap
penggunaan ICT kursusnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
KANDUNGAN
Halaman
|
||
PENGHARGAAN
|
i
|
|
ABSTRAK
|
ii
|
|
KANDUNGAN
|
iii
|
|
BAB 1
|
PENGENALAN
|
|
1.1
|
Latar Belakang Kajian
|
1
|
1.2
|
Pernyataan Masalah
|
4
|
1.3
|
Tujuan dan Objektif Kajian
|
4
|
1.4
|
Persoalan Kajian
|
4
|
1.5
|
Kepentingan Kajian
|
5
|
1.6
|
Batasan Kajian
|
5
|
1.7
|
Definisi Operasional
|
5
|
1.8
|
Kerangka Konseptual Kajian
|
8
|
BAB 2
|
TINJAUAN LITERATUR
|
|||||
2.1
|
Pengenalan
|
9
|
||||
2.2
|
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT)
|
9
|
||||
2.3
|
Multimedia
Dalam Pendidikan
|
10
|
||||
2.4
|
Faedah
Perisian Multimedia Dalam Pendidikan
|
11
|
||||
2.5
|
Kepentingan
Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)
|
12
|
||||
2.6
|
Peranan
ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah
|
13
|
||||
2.7
|
Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah
|
15
|
||||
BAB 3
|
METODOLOGI KAJIAN
|
|||||
3.1
|
Pengenalan
|
17
|
||||
3.2
|
Tempat dan Masa Kajian
|
18
|
||||
3.3
|
Kaedah Kajian
|
18
|
||||
3.4
|
Cara
Kerja
|
18
|
||||
3.5
|
Pengumpulan,
Analisis Data dan Penulisan
|
19
|
||||
BAB 4
|
DAPATAN KAJIAN
|
|||||
4.1
|
Pengenalan
|
20
|
||||
4.2
|
Latar Belakang Responden
|
20
|
||||
4.3
|
Dapatan
Kajian
|
21
|
||||
BAB 5
|
RUMUSAN DAN CADANGAN
|
|
5.1
|
Dapatan Kajian
|
25
|
5.2
|
Cadangan
|
27
|
RUJUKAN
|
28
|
|
LAMPIRAN
|
31
|
BAB 1
PENGENALAN
Pendidikan merupakan proses dan
aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang
individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Guru bertangggungjawab
dalam memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku
kepada pelajarnya dalam mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang
demikian, sewajarnya transformasi Information Communication Technology (ICT)
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Matematik merupakan satu
proses pendidikan yang sentiasa berubah mengikut arus teknologi terkini.
Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam
bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu
penggunaan teknologi maklumat. Sebelum era ICT Kaedah pengajaran dan
pembelajaran hanya menggunakan papan hitam dan kapur. Kini pelbagai bahan bantu
mengajar berasaskan ICT diwujudkan seperti komputer, bahan elektronik, skrin
LCD, kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Dalam era digital ini, komputer
digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Di negara kita pengetahuan dan
penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar digalakkan
untuk melayari sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan
PdP.
Tiga dasar utama ICT dalam
pendidikan adalah literasi ICT untuk
semua pelajar, mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat
PdP dalam penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti .Mengikut teori pembelajaran
koperatif, kajian oleh Christle menyatakan:
“ Penggunaan mel elektronik dan penerokaan maklumat
di kalangan para pelajar sekolah, bukan
sahaja dapat memberi semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning),
pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha
untuk meneroka alam baru ini”
- Chistle(1996) -
Selain
daripada itu, para pelajar semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa
berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui ini. Nolan dan Martin (1994)
menyatakan bahawa:
“ pembelajaran dan suasana baru seperti menggunakan
internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar
didapati lebih mahir membuat perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih
mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal” - Nolan dan Martin (1994) -
Keupayaan penggunaan (ICT) secara
berkesan kini semakin penting sebagai prasyarat maklumat dalam setiap aktiviti
manusia. Pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum.
Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan dan kemahiran
literasi ICT terutama kepada semua pelajar sekolah. Holmes(1999), menyatakan
bahawa integrasi teknologi ICT dalam PdP memerlukan guru yang bersedia dan
fleksibel serta mengikut perkembangan ICT semasa.
Sejajar dengan itu, projek
inisiatif KPM yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications telah
diperkenalkan. Projek ini juga dikenali sebagai 1BESTARINET yang mana setiap
warga pendidik mempunyai satu akaun Frog VLE (Virtual Lerning Education).
Melalui projek ini sebanyak 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi
dengan akses internet berkelajuan tinggi, ‘chromebook’ dan kemudahan ‘Doggle
YES’. Frog VLE dapat membantu guru-guru mengaplikasikan pembelajaran maya
dengan lebih berkesan. Guru-guru boleh memuat turun nota, latihan, tips-tips
menjawab peperiksaan dan nasihat melalui blog masing-masing yang juga boleh
diakses oleh setiap pelajar walau dimana mereka berada.
1.1
Latar
belakang kajian
Mata
pelajaran matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang dianggap sukar
oleh kebanyakan pelajar walaupun pengetahuan matematik sentiasa perlu
dipraktikkan atau diaplikasikan dalam kehidupan seharian atau situasi sebenar.
Kebanyakan pelajar tidak berminat dengan matematik kerana beranggapan matematik
merupakan matapelajaran yang membebankan kerana perlu mempelajari konsep yang
abstrak dan sukar difahami. Selain itu, kesukaran untuk mengaitkan teori dan
kosep yang dipelajari dengan kehidupan sebenar juga mendorong para pelajar
untuk merasakan matapelajaran ini begitu membebankan. Penggunaan perisian
kursus adalah antara kaedah yang digunakan oleh guru bagi merangsang keinginan
dan menanam minat pelajar di dalam mempelajari matematik. Walaupun pelbagai
pihak menganggap penggunaan perisian mampu menarik minat memberikan kesan yang
positif kepada pelajar namun persepsi pelajar dan kesan
penggunaannya terhadap pencapaian pelajar perlulah di ketahui agar penggunaan
kaedah ini menjadi lebih bermakna.
1.2
Pernyataan
masalah
Sistem
pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang radikal. Perubahan ini sudah
pastinya melibatkan pelajar secara langsung. Walaupun perubahan ini
bertujuan memberikan kebaikan kepada pelajar tetapi persepsi pelajar juga
perlulah di ambilkira agar ianya memberikan kesan yang positif kepada mereka.
Kebiasaan guru menggunakan kaedah biasa iaitu buku teks dan papan putih
menyebabkan pelajar juga sudah terbiasa dengan keadaan ini. Guru selalu mengajar
mengikut buku teks dan ini akan menyebabkan fikiran pelajar mudah menjadi beku
dan tidak kreatif. Pernyataan ini disokong oleh Fauziah Hashim(2002), bahawa
pelajar didedahkan kepada penghafalan rumus tanpa mengetahui konsep sebenarnya.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025,
Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. ICT akan memperkukuh proses
pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 buah sekolah. Murid akan memperoleh
akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat
belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui
program jarak jauh. Oleh itu dalam kaedah pendidikan bersepadu, Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communication menyediakan Internet 4G
tanpa wayar berkelajuan tinggi beserta Frog Virtual Learning Environment ( Frog VLE ) yang efektif ke semua sekolah
seluruh Malaysia.
Bagi
kebanyakan pelajar matematik merupakan satu matapelajaran yang sukar. Menurut
Marzita (2002), matematik bukanlah matapelajaran yang dianggap senang untuk
dipelajari dan mudah untuk difahami oleh kebanyakan pelajar. Kesan daripada
tanggapan tersebut menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap matapelajaran
ini. Bagi mengatasi masalah ini salah satu kaedah pengajaran yang dianggap
berkesan digunakan bagi menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar dalam matapelajaran ini ialah penggunaan perisian kursus.
Kaedah pengajaran menggunakan perisian kursus ini dipercayai dapat membantu
guru mengatasi masalah dalam mengajar pelajar yang berbeza kebolehan. Selain
itu penggunaan perisian multimedia ini berjaya menarik minat pelajar
terhadap matematik kerana penggunaan grafik ,audio dan video yang menarik
berbanding dengan pengajaran matematik secara tradisional iaitu menggunakan
papan putih dan pen marker sahaja. Dalam kajian-kajian lepas walaupun
sebahagian penyelidik menyatakan penggunaan perisian kursus tidak memberikan
perbezaan yang signifikan berbanding dengan kaedah tradisional di dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik tetapi kebanyakan penyelidik samada dari
dalam atau luar negara menyatakan sebaliknya. Dalam kajian-kajian lepas
perhatian lebih banyak ditumpukan kepada kesan penggunaan perisian kursus
terhadap pencapaian pelajar berbanding dengan persepsi pelajar terhadap
perisian kursus.
1.3
Tujuan dan
Objektif Kajian
Kajian
ini dijalankan bagi mengkaji perspektif pelajar terhadap penggunaan perisian
multimedia matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran, kesan
penggunaan perisian multimedia tersebut terhadap pencapaian pelajar dan
persepsi pelajar terhadap kesan penggunaan perisian multimedia metamatik di
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Objektif kajian
Di
antara objektif kajian ialah:
1. Mengenalpasti persepsi pelajar
terhadap penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik..
1.4 Persoalan kajian
Berdasarkan
objektif kajian, persoalan yang akan dijawab ialah:
•
Apakah
perspektif pelajar terhadap perisian multimedia?
1.5 Kepentingan kajian
Kajian
ini diharap dapat mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran
dan pengajaran menggunakan perisian kursus matematik . Melalui dapatan kajian,
maklumat yang diperolehi akan dapat membantu pelbagai pihak seperti guru, pihak
sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui persepsi pelajar terhadap
perisian kursus yang digunakan sebagai alat bantu mengajar. Perspektif pelajar
perlu diketahui kerana pelajar terlibat secara langsung di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu melalui dapatan kajian dapat diketahui
kesan penggunaan perisian kursus terhadap pencapaian pelajar.
1.6 Batasan kajian
Kajian
ini terbatas kepada pelajar-pelajar dan sukatan pelajaran Tingkatan 4 di
salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Taiping, Perak sahaja. Responden
terdiri daripada 10 orang pelajar sahaja. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada
pelajar berpencapaian rendah dengan keputusan bagi kebanyakan pelajar iaitu 89%
gagal atau memperolehi markah di bawah 40% di dalam Ujian Formatif 1.
Soal selidik meliputi latar belakang responden iaitu bangsa dan pencapaian
dalam Ujian Formatif 1. Dapatan kajian ini merupakan persepsi pelajar terhadap
penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.7 Definisi operasional
Persepsi
Persepsi
merujuk kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Ia juga membawa
maksud pandangan atau tanggapan (Kamus Dewan, 2002).
Pengajaran
Baharuddin
Aris (2002) pula, pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk
menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan media untuk membantu pelajar mencapai
objektif yang telah ditetapkan
Menurut
Omardin (1997), Pengajaran merupakan satu aktiviti yang rumit dan
melibatkan penggunaan pelbagai bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juha
melibatkan perhubungan antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dengan
pelajar yang lain .
Pembelajaran
Baharuddin
Aris, Rio Sumarni (2002), pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang
berlaku kepada pelajar akibat daripada interaksi dengan persekitaran. Secara
umumnya pembelajaran adalah proses dengan kaedah tertentu sehingga seseorang
memperoleh pengetahuan, pemahaman dan cara tingkah laku yang sesuai dengan
keperluan.
Wan
Ali (2000), apa sahaja yang dilakukan oleh manusia yang matang, atau sesuatu
yang mampu dilakukan olehnya, boleh dianggap sebagai hasil daripada sesuatu pembelajaran.
Perisian
Rosseni
(2001) mendefinisikan perisian sebagai satu set arahan menggunakan bahasa yang
difahami oleh komputer untuk mengarahkannya menyelesaikan masalah yang
dikehendaki. Zoraini Wati (1993) pula mendefinisikan perisian sebagai jujukan
arahan yang perlu dilaksanakan komputer bagi menjalankan sesuatu tugas.
Multimedia
Multimedia
bermaksud gabungan unsur-unsur teks, grafik, animasi, audio dan video.
Tujuan utama penggunaan multimedia adalah sebagai alat komunikasi yang
boleh meransang pelbagai deria. Gibson (2001) mendefinisikan multimedia sebagai
satu sistem yang menggabungkan pelbagai media seperti teks, grafik, suara imej,
animasi dan video yang membolehkan berlakunya interactivity. Menurut Tay
Vaughn (2001) multimedia adalah gabungan teks,audio,video dan animasi yang
berasaskan penggunaan komputer atau media elektronik lain. Halimah (1996) pula
mendefinisikan multimedia sebagai kesepaduan di antara pelbagai media: teks,
imej, numerik, grafik, video, animasi dan suara dalam satu persekitaran
digital, di samping mempunyai keupayaan interaksi.. Konsep ini menggabungkan
unsur hiperteks dan hipermedia. Feldman (1996) mendefinisikan multimedia
merangkumi pelbagai media seperti teks, grafik, animasi, imej, suara dan video.
Furht
(1996) mendefinisikan multimedia sebagai gabungan antara pelbagai
media; teks, grafik, animasi, imej dan video.
Sedangkan Haffos. (Feldman 1994) mentakrifkan multimedia sebagai sistem
komputer yang terdiri daripada perkakasan dan perisian yang memberikan
kemudahan untuk membolehkan gambar, video, fotografi, grafik dan
animasi disepadukan dengan suara, teks, data yang dikendalikan dengan program
komputer. Semua rnaklumat yang ada di dalam program multimedia (suara, imej,
teks dan data) kemudiannya, boleh direkodkan dalam sebuah
simpanan seperti cakera optik. Sedangkan Thompson (1994) mendefinisikan
multimedia sebagai suatu sistem yang
menggabungkan teks, imej, video, animasi, suara
dan membolehkan interaktiviti. Jayant,Ackland, Lawrence clan
Rabiner (Infotech 1995) pula menyatakan bahawa multimedia adalah asas
teknologi komunikasi moden yang meliputi suara, imej dan
video.
Perisian Kursus
Perisian
kursus adalah perisian yang menggunakan gabungan teks, audio, video, grafik dan
animasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer melalui susunan
isi kandungan pelajaran yang telah diprogramkan. Perisian kursus biasanya
mempunyai sistem tutorial, aktiviti simulasi di samping aktiviti uji minda dan
penyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.8 Kerangka konseptual kajian
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan
dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta
kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah
menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi
memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna dan bermanfaat. Bab ini membincangkan tentang
teori-teori dan ciri-ciri pembelajaran dengan menggunakan perisian multimedia.
Selain daripada itu juga, kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan kaedah
pembelajaran tersebut juga turut dibincangkan dalam tinjauan literatur ini.
2.2
Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )
Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi
maklumat. Salah satunya menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan
ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia
mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan
dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh
dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa
pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai
satu teknologi yang berkesan.
Seterusnya, jika pengetahuan untuk menggunakan
komputer ada tetapi tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk
berkomunikasi tentu tidak membawa banyak impak terhadap proses globalisasi yang
sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya, seperti yang dirangkumi oleh
A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era
maklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat
terutama maklumat yang berbentuk digital. Selain itu, menurut Paisley dan Chen
(1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu
yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej
yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek
teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan
sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan
menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan
maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya.
Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan
peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi
komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan
maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan
dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global.
2.3 Multimedia Dalam
Pendidikan
Multimedia ialah integrasi elemen-elemen teks, audio,
grafik, animasi, video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan
persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan. Rekabentuk
pengajaran berbantukan perisian multimedia adalah satu disiplin tentang
kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi
gol pengajaran.
Multimedia
interaktif juga telah terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan
maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan ianya boleh dicapai kembali dalam
masa yang lebih pantas berbanding kaedah pengajaran tradisi (Ng dan Komiya,
2000; Hofstetter, 1995). Selain itu, penggunaan elemen-elemen multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran juga di dapati mampu menarik minat pelajar
supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya
terhadap proses pembelajaran (Thomas, 1996).
2.4 Faedah Perisian
Kursus Dalam Pendidikan
Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003) penggunaan
perisian multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di
dalam pendidikan. Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang
dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan
secara tradisi. Ianya menjadi perangsang kepada guru serta menjadi alat yang
dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Antara beberapa
faedah pembelajaran dengan menggunakan perisian multimedia adalah :
i.
Menyokong
Pembelajaran Kendiri
ii.
Membantu
menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran
iii.
Membantu
Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak
iv.
Keseronokan
Belajar Dan Menjana Pemikiran Pelajar
Multimedia akan mengubah cara pengajaran biasa, yang
memperlihatkan pelajar pintar akan menemui dan menjelajah tahap yang diajar
oleh guru melalui kaedah biasa. Penggunaan perisian multimedia di dalam
pendidikan adalah satu alternatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, perisian multimedia
pendidikan ini dapat memperkaya proses pembelajaran. Ia bukan bermatlamat untuk
menggantikan guru seperti kaedah pengajaran yang berasaskan guru seperti dalam
kaedah biasa (Rozinah, 2002)
Gladwin et al. (1990) telah mencirikan beberapa kebaikan-kebaikan
yang menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
a.
Konsep boleh
dijelaskan dengan lebih berkesan dengan adanya paparan grafik yang menarik dan
berwarna.
b.
Teknik animasi
memberi kesan aktif kepada pengajaran di mana tidak perolehi dengan menggunakan
bahan pengajaran yang kaku.
c.
Sesetengah
situasi dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan adanya teknik simulasi.
d.
Penggunaan
komputer membolehkan pelajar mempelajari topik yang diajar mengikut kebolehan.
2.5 Kepentingan
Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)
Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer
membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan
peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer.
Manakala Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak
mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan
komputer.
Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter
(1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran
seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan
kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang
berasaskan maklumat. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa
maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga
pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk
kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan
kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan
manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer,
manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan
penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi
komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa
sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi
juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam
kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik
komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu
menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau
lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat
sesuatu yang dikehendaki.
Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap
profesion keguruan. Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran
menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.
Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri
dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada
kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Oleh itu, setiap guru mesti
menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting
dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian maklumat melalui internet
merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan.
2.6 Peranan ICT Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Sekolah Menengah bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di
Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overhead projector ,note
book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan
muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran
perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan
teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah.
Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW)
telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan
grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat
digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya
mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak
formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada
pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak
kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada
pengguna untuk tujuan pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002).
Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli
buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan
yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini.
Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang
terkini yang tidak terdapat dalam buku.
Selain itu pembelajaran juga membantu perkongsian
maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui
kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas
talian. Dengan ini guru dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang
lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan
dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar
dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara
serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa
menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat.
E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu
memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran
boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan
sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat
tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada
pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik
darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi
cabaran kepada profesion keguruan, khususnya dari segi peranan dan tugas
pendidikan yang selama ini bergantung pada guru.
Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi
CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat
pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang
menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya
berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional. Sementara
kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984;
1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan
perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi
pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan
bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
dengan berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik
73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988).
Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah adalah:
•
Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar
terhadap
pelajaran.
•
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai
keupayaan.
•
Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.
•
Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
•
Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk diperoleh.
•
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
•
Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar,terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk
dilaksana dengan cara biasa.
•
Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.
Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian
dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar, menggunakan
bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan
teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep
serta meguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu
mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme,
masteri dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik
pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi komputer yang
interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).
2.7 Kekangan dan
Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan
Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian
“Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta
Penilaian Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang
Sepadu” menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman
dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications
Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional terutama
dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan
guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik
dan vokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan
profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan
bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar
dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam
bidang ICT.
Kajian
lepas telah banyak menyatakan bahawa penggunaan perisian multimedia mampu
membuktikan bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat
dimaksimakan bagi mendapatkan kesan positif terhadap pembangunan pelajar.
Suasana pembelajaran seperti ini akan membantu pelajar dan guru menguasai
kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mensintesiskan pengetahuan. Penggunaan
kesemua elemen di dalam multimedia adalah penting bagi merangsang pemikiran
pelajar.
Oleh
itu dalam kajian ini penyelidik telah mengkaji keberkesanan penggunaan perisian
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi dan
minat pelajar. Perisian ini juga boleh meningkatkan pencapaian murid sekaligus
dapat meningkatkan suasana sekolah yang lebih baik.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan mengenalpasti dan
mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus Matematik di
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini terbatas kepada
pelajar-pelajar dan sukatan pelajaran Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah
menengah di Taiping, Perak sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Kaedah tinjauan digunakan untuk
mendapatkan maklumat. Kaedah kuantitatif digunakan kerana ia hanya
bersifat mendapat maklumat dan pandangan pelajar – pelajar yang berkenaan
mengenai penggunaan perisian kursus Matematik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan persepsi
pelajar - pelajar di sekolah menengah terhadap paras penguasaan masa kini
terhadap apa yang diperlukan untuk menguasai teknologi maklumat.
Kaedah tinjauan digunakan di dalam kajian ini dengan
menggunakan borang soal selidik. Dua domain yang diukur di dalam borang soal
selidik ini adalah domain pengajaran, dan pembelajaran.
Menurut King, et al.(1994) dan Neuman (2000), kajian yang
terbaik merupakan kajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada
kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Menurut Neuman (2000) lagi,
kelemahan yang terdapat di dalam kajian berbentuk kuantitatif akan ditampung
oleh kelebihan yang terdapat pada kajian yang berbentuk kualitatif dan
begitulah sebaliknya. Ragin (1994) juga mendapati ciri yang terdapat pada
kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif dapat menyokong kelemahan yang
terdapat di antara satu sama lain. Salah satu ciri yang menyokong kelemahan
kedua-dua bentuk kajian ialah kaedah pemungutan data masing-masing yang
berbeza. Kajian berbentuk kuantitatif selalunya lebih kepada proses pengumpulan
data untuk melihat masalah yang besar manakala kajian berbentuk kualitatif
selalunya lebih kepada pemungutan data secara mendalam.
3.2 Tempat Dan Masa
Kajian
Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah di Taiping. Responden terdiri daripada 10 orang pelajar.
Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar berpencapaian rendah dengan
keputusan bagi kebanyakan pelajar iaitu 89% gagal atau memperolehi markah di
bawah 40% di dalam Ujian Formatif 1.
Masa kajian yang diperlukan untuk membuat penyelidikan
ini adalah selama 1 minggu. Kajian dijalankan ke atas sekumpulan pelajar yang
dipilih untuk melihat sejauh mana perisian kursus Matematik di dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekolah ini merupakan
sekolah menengah di kawasan luar bandar.
3.3 Kaedah Kajian
Kaedah tinjauan atau pemerhatian digunakan di dalam
kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden. Seramai 10 orang pelajar telah dipilih sebagai responden yang
belajar di sekolah ini.
3.4 Cara Kerja
3.4.1 Prosedur Kajian
Kajian yang dijalankan ini melalui beberapa peringkat
iaitu peringkat pertama, kedua dan ketiga. Kajian yang dijalankan berkesan
sekiranya ia melalui beberapa peringkat. Pada peringkat pertama penyelidik
membuat rujukan terhadap kajian – kajian orang lain pada masa yang lepas.
Lantaran itu, penyelidik mendapatkan dan menggunakan bahan yang diperolehi
untuk mendapatkan maklumat mengenai tinjauan literatur. Peringkat ini penting
untuk melihat kajian-kajian yang telah dibuat bagi melihat sejauh mana
keberkesanan penggunaan perisian kursus Matematik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran disekolah.
Lantaran itu, pada peringkat kedua pula penyelidik
mencari masalah, kekangan dan cabaran yang wujud dalam penggunaan ICT disekolah
dan membuat soal selidik kepada respondennya.
Pada peringkat ketiga iaitu terakhir, penyelidik telah
mengumpul maklumat dan membuat penulisan tentang kajian yang telah dibuat.
3.4.2 Perlaksanaan
Penyelidik telah dan berjumpa dengan pengetua sekolah dan
pelajar (responden) untuk membincangkan mengenai masalah penggunaan perisian
matematik dan membuat sedikit soal jawab. Penyelidik juga telah memberikan
borang soal selidik kepada responden untuk menjawab soalan-soalan itu dan
memberikan masa yang secukupnya kepada responden.
3.5 Pengumpulan, Analisis
Data Dan Penulisan
Penyelidik telah mengedarkan soal selidik kepada sampel
kajian. Tempoh masa diberikan selama 1 minggu untuk memulangkan semula
soal selidik. Semua set soalan yang diterima akan dianalisa dan dijadikan data
penyelidik. Data
yang dikutip daripada pemerhatian diproses, dibanding, dibeza dan disusun
semula secara berterusan seperti yang dicadangkan oleh Bogden and Biklen
(1998), Spradley (1999). Semua maklumat dan respon pelajar dianalisis. Untuk
memudahkan proses analisis data, setiap jawapan yang dipilih diberi skor
tertentu. Bagi menunjukkan persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran yang
digunakan, kesemua skor ditukarkan dalam bentuk peratusan dan min skor setiap
item. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item menunjukkan penerimaan yang
menggalakkan manakala min skor yang rendah menunjukkan sebaliknya.
BAB 4
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Kajian
ini bertujuan mengenalpasti dan mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan
perisian kursus Matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bab ini
membincangkan dapatan kajian berdasarkan data yang diperolehi melalui soal
selidik yang telah dijalankan. Secara umumnya, bab ini akan menjawab persoalan
kajian.
4.2 Latar Belakang
Responden.
Responden
terdiri daripada 10 orang pelajar. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar
berpencapaian rendah dengan keputusan bagi kebanyakan pelajar iaitu 89% gagal
atau memperolehi markah di bawah 40% di dalam Ujian Formatif 1. Soal
selidik meliputi latar belakang responden iaitu bangsa dan pencapaian dalam
Ujian Formatif 1.
Jadual 4.1 : Bangsa
Bangsa
|
Bilangan
|
Peratus
|
Melayu
|
7
|
70
|
Cina
|
0
|
0
|
India
|
3
|
30
|
Responden
terdiri daripada 7 orang pelajar melayu dan 3 orang pelajar india.
Jadual
4.2 : Ujian Formatif 1
Gred
|
Markah
|
Bilangan
|
Peratus
|
C
|
55 - 64
|
1
|
10
|
D
|
45 - 54
|
2
|
20
|
E
|
0 - 44
|
7
|
70
|
Responden
terdiri daripada pelajar berpencapaian rendah iaitu seramai 1 orang iaitu 10%
mendapat gred C, 2 orang iaitu 20% dan 7 orang iaitu 70% di dalam Ujian
Formatif 1.
4.3 Dapatan Kajian
Aspek Pengajaran
Skala
yang diberikan untuk mengetahui persepsi pelajar dari aspek pengajaran ialah 1
: Sangat Setuju, 2 : Setuju, 3 : Tidak Pasti, 4 : Kurang Setuju dan 5 : Tidak
Setuju. Dari dapatan kajian data yang diperolehi adalah seperti berikut :
Persepsi Pelajar
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
Min
|
Saya suka guru mengajar menggunakan perisian kursus Matematik.
|
5
50%
|
2
20%
|
2
20%
|
1
10%
|
0
|
1.9
|
Perisian kursus sangat sesuai digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik.
|
4
40%
|
3
30%
|
2
20%
|
1
10%
|
0
|
2
|
Penggunaan perisian kursus memudahkan saya memahami topik
yang di ajar oleh guru.
|
3
30%
|
4
40%
|
2
20%
|
1
10%
|
0
|
2.1
|
Penggunaan perisian kursus dapat membantu guru memberikan
penerangan yang lebih jelas
|
3
30%
|
3
30%
|
3
30%
|
1
10%
|
0
|
2.2
|
Saya berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus
Matematik pada masa akan datang.
|
4
40%
|
4
40%
|
2
20%
|
0
|
0
|
1.6
|
Saya masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan
perisian kursus Matematik.
|
2
20%
|
6
60%
|
2
20%
|
0
|
0
|
2
|
Didapati
50% (5 orang) sangat setuju dan 20% (2 orang) setuju, 20% (2 orang) tidak
pasti, 10% (1 orang) kurang setuju bahawa pelajar suka guru mengajar dengan
menggunakan perisian kursus Matematik. Manakala min bagi item ini ialah 1.9.
Didapati
40% (4 orang) sangat setuju, 30% (3 orang) setuju, 20% (2 orang) tidak pasti ,
10 % (1 orang) kurang setuju perisian multimedia sangat sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik. . Manakala min bagi item ini ialah 2.
Didapati
30% (3 orang) sangat setuju, 40% (4 orang) setuju, 20% (2 orang) tidak pasti,
manakala kurang setuju 10%(1 orang) sahaja bahawa penggunaan perisian
multimedia memudahkan saya memahami topik yang di ajar oleh guru. Manakala
min bagi item ini ialah 2.1.
Didapati
30% (3 orang) sangat setuju, 30%(3 orang) setuju, 30% (3 orang) tidak pasti,10%
(1 orang) kurang setuju penggunaan perisian multimedia dapat membantu guru
memberikan penerangan yang lebih jelas. Manakala min bagi item ini ialah
2.2.
Didapati
40% (4 orang) sangat setuju, 40%(4 orang) setuju dan 20% (2 orang) tidak pasti
pelajar berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus Matematik pada
masa akan datang. Manakala min bagi item ini ialah 1.6.
Didapati
20% (2 orang) sangat setuju, 60% (6 orang) tidak setuju dan 20%(2 orang)
tidak pasti pelajar masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan
perisian kursus Matematik. Manakala min bagi item ini ialah 2.
Aspek Pembelajaran
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
Min
|
|
Saya suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian
kursus Matematik.
|
4
40%
|
4
40%
|
2
20%
|
0
|
0
|
1.6
|
Penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih
berminat mempelajari Matematik.
|
3
30%
|
4
40%
|
2
20%
|
1
10%
|
0
|
2.1
|
Saya memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
|
5
50%
|
1
10%
|
2
20%
|
2
20%
|
0
|
1.7
|
Penggunaan perisian multimedia boleh menghilangkan rasa
bosan semasa belajar.
|
5
50%
|
4
40%
|
1
10%
|
0
|
0
|
1.6
|
Penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih
bersemangat untuk belajar.
|
3
30%
|
4
40%
|
2
20%
|
0
|
1
10%
|
2.2
|
Saya suka membuat latihan interaktif di dalam perisian
kursus Matematik.
|
4
40%
|
2
20%
|
2
20%
|
1
10%
|
1
10%
|
2.3
|
Daripada
kajian didapati 40%(4 orang) sangat setuju, 40%(4 orang) setuju dan 20% (2
orang) tidak pasti pelajar suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian
kursus Matematik. Manakala min bagi item ini ialah 1.6.
Didapati
30%(3 orang) sangat setuju, 40%(4 orang) setuju, 20% (2 orang) tidak pasti dan
10%(1 orang) kurang setuju penggunaan perisian kursus Matematik menjadikan
pelajar lebih berminat mempelajari Matematik. Min bagi item ini ialah 2.1.
Didapati
50% (5 orang) sangat setuju, 10% (1 orang) setuju, 20% (2 orang) tidak pasti
dan 20% (2 orang) kurang setuju pelajar memberi lebih tumpuan dengan penggunaan
perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Manakala min
bagi item ini ialah 1.7.
Didapati
50% (5 orang) sangat setuju, 40%(4 orang) setuju dan 10% (1 orang) tidak pasti
penggunaan perisian multimedia boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar.
Manakala min bagi item ini 1.6.
Didapati
30% (3 orang) sangat setuju, 40%( 4 orang) setuju, 20% (2 orang) tidak pasti
dan 10% (1 orang) tidak setuju penggunaan perisian kursus Matematik menjadikan
pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Manakala min bagi item ini ialah 2.2.
Didapati
40%(4 orang) sangat setuju, 20% (2 orang) setuju, 20%(2 orang) tidak pasti,
10%(1orang) kurang setuju dan 10%(1 orang) tidak setuju pelajar suka membuat
latihan interaktif dalam perisian kursus Matematik. Manakala min bagi item ini
ialah 2.3.
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
Dapatan
Kajian
Dalam
kajian yang dijalankan terdapat satu soalan utama yang perlu dijawab oleh
penyelidik.
Soalan
tersebut ialah :
Apakah
persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus Matematik di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bagi menjawab soalan utama tersebut beberapa sub
soalan soal selidik perlu diketahui jawapannya oleh penyelidik iaitu :
Latar belakang pelajar :
1. Apakah bangsa pelajar?
2. Apakah pencapaian Ujian Formatif 1.
Persepsi pelajar dari aspek pengajaran.
1. Adakah pelajar suka guru mengajar
menggunakan perisian kursus Matematik?
2. Apakah perisian kursus sangat sesuai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?
3. Apakah penggunaan perisian kursus
memudahkan pelajar memahami topik yang di ajar oleh guru?.
4. Apakah penggunaan perisian kursus
dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas?
5. Adakah pelajar berharap guru akan
terus menggunakan perisian kursus Matematik pada masa akan datang?.
6. Adakah pelajar masih memerlukan
penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus Matematik?.
Persepsi pelajar dari aspek pembelajaran
1. Adakah pelajar suka dan seronok
belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik?.
2. Adakah penggunaan perisian
multimedia menjadikan saya lebih berminat mempelajari Matematik?.
3. Adakah pelajar memberi lebih tumpuan
dengan penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?.
4. Adakah penggunaan perisian kursus
boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar?.
5. Adakah penggunaan perisian kursus
menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk belajar?.
6. Adakah pelajar suka membuat
latihan interaktif di dalam perisian kursus Matematik.
Persepsi Pelajar Dari Aspek Pengajaran
Sebahagian
besar pelajar (70%) suka guru mengajar menggunakan perisian kursus Matematik.
Sebahagian
besar pelajar (60%) berpendapat perisian kursus sangat sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Sebahagian
daripada pelajar (50%) berpendapat penggunaan perisian kursus memudahkan
pelajar memahami topik yang di ajar oleh guru.
Sebahagian
besar pelajar (60%) berpendapat penggunaan perisian kursus dapat membantu
guru memberikan penerangan yang lebih jelas.
Sebahagian
pelajar(60%) berpendapat pelajar masih memerlukan penerangan guru semasa
menggunakan perisian kursus Matematik.
Persepsi Pelajar Dari Aspek Pembelajaran.
Sebahagian
besar pelajar (80%) suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus
Matematik.
Sebahagian
besar pelajar (70%) berpendapat penggunaan perisian kursus menjadikan saya
lebih berminat mempelajari Matematik.
Sebahagian
besar pelajar (80%) berpendapat pelajar memberi lebih tumpuan dengan penggunaan
perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Sebahagian
pelajar (90%) berpendapat penggunaan perisian kursus boleh menghilangkan
rasa
bosan semasa belajar.
Sebahagian
pelajar (70%) penggunaan perisian kursus menjadikan pelajar
lebih bersemangat untuk belajar.
Sebahagian
pelajar (60%) berpendapat pelajar suka membuat latihan interaktif di
dalam perisian kursus Matematik.
5.2 Cadangan
Berdasarkan
dapatan kajian, beberapa kajian boleh dijalankan oleh penyelidik lain berkaitan
perisian kursus Matematik. Di antara cadangan kajian lanjutan ialah:
1. Persepsi guru terhadap penggunaan
perisian kursus Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Tahap penggunaan perisian kursus
Matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru.
RUJUKAN
Abdullah
bin Osman (2006), Persepsi Pelajar Fizik Terhadap Pmbangunan Perisian
Multimedia Dalam Tajuk ‘Force And Pressure’ Di UPSI. Latihan Ilmiah.UPSI
Al-Mikhlafi,
A.G. (2006). Effectiveness of interactive multimedia environment on language
acquisition skills of 6th grade students in the United Arab Emirates. International
Journal Media. 33 (4): 427-441.
Azizi
Yahaya, Shahrin Hashim et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd
Azura,
Zakaria, Mohd Hasan dan Bahaman (2009) Perbandingan Pengajaran Berasaskan
Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di
Kalangan Pelajar Berisiko Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009):
79-89
Baharuddin Aris, Rio Sumarni (2002),
Rekabentuk Perisian Multimedia, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,
Johor Baharu
Effandi
Zakaria, Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad (2007), Trend Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Halimah
Badioze Zaman (1999). Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan. Jurnal BTP
Bil. 1 Tahun 1999.
Haryati
Mustafa (2005), Keberkesanan Penggunaan Modul Berasaskan Komputer Berbanding
Kaedah Pengajaran Secara Tradisional Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4
Mengenai Topik Jirim.Latihan Ilmiah.UPSI.
Ismail
Zain (2004) Pembelajaran Berbantukan Komputer. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Jamalludin
Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia Dalam Pendidikan,
PTS Publications Bentong.
Khairul
Anuar & Norazrena(2011) Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk
Pelajar Berkeperluan Khas, Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1,
Nombor 2, Jun 2011
Marzita
Puteh (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Tanjong
Malim: Penerbit UPSI
Noraini
Idris (2006) , Teaching and Learning Mathematics : Making Sense and
Developing in Cognitive Abilities , Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Noraini
Idris (2005) Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik, Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Rozinah
Jamaludin (2005), Multimedia Dalam Pendidikan, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Rafidah
Mohd Saharin (2003), Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Halaman Web Bagi
Subtopik Jirim Tingkatan Empat. Latihan Ilmiah.UPSI.
Vivi
Lachs (2000) Making Multimedia In The Classroom, Taylors & Francis
Books, London.
LAMPIRAN
SOAL
SELIDIK PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS DI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Berikan pendapat anda mengenai
perkara berikut mengikut skala di bawah ;
1. Sangat Setuju.
2. Setuju.
3. Tidak Pasti.
4. Kurang Setuju.
5. Tidak Setuju.
BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR
Saya berbangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain
Pencapaian Matematik saya di
dalam Ujian 1 ialah : _________
BAHAGIAN B :
ASPEK PENGAJARAN.
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
|
Perisian
multimedia sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia memudahkan saya memahami topik yang di ajar oleh guru.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih
jelas
|
|||||
Saya
berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus Matematik pada masa akan
datang.
|
|||||
Saya
masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus
Matematik.
|
BAHAGIAN C : ASPEK
PEMBELAJARAN
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
|
Saya
suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia menjadikan saya lebih berminat mempelajari Matematik.
|
|||||
Saya
memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar.
|
|||||
Saya
suka membuat latihan interaktif di dalam perisian kursus Matematik.
|
LAMPIRAN
SOAL
SELIDIK PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS DI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Berikan pendapat anda mengenai
perkara berikut mengikut skala di bawah ;
1. Sangat Setuju.
2. Setuju.
3. Tidak Pasti.
4. Kurang Setuju.
5. Tidak Setuju.
BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR
Saya berbangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain
Pencapaian Matematik saya di
dalam Ujian 1 ialah : _________
BAHAGIAN B :
ASPEK PENGAJARAN.
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
|
Perisian
multimedia sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia memudahkan saya memahami topik yang di ajar oleh guru.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih
jelas
|
|||||
Saya
berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus Matematik pada masa akan
datang.
|
|||||
Saya
masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus
Matematik.
|
BAHAGIAN C : ASPEK
PEMBELAJARAN
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
|
Saya
suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia menjadikan saya lebih berminat mempelajari Matematik.
|
|||||
Saya
memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar.
|
|||||
Penggunaan
perisian multimedia menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar.
|
|||||
Saya
suka membuat latihan interaktif di dalam perisian kursus Matematik.
|
No comments:
Post a Comment